Jumaat, 1 Oktober 2010

KiSaH SeriKanDi IsLam

Kisah Srikandi Islam
Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah
ISTERI
Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama
beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan
mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah
Islamiah.Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi
Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman
kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua
mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha
mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.Beliau
adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya
sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan
tugas suaminya.Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang
mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar
dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya.
Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang
kehidupan mereka.Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti
Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.
Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan
dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau
akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.Apabila
suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau
cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya
benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan
dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah,
Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan
air untuk mengambil wuduk.Kecintaan Siti Khadijah bukanlah
sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan
kuat terhadap keesaan Allah.Segala pengorbanan untuk suaminya
adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam
memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.Firman Allah bermaksud: “Barang
siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada
mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka
kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)Janji Allah itu pasti
benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan
kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah
membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.Anak yang
lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah
insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan