Sabtu, 5 Mac 2011

Wanita....

Wahai insan yg bergelar WANITA..
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek:


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh dibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang amat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hedaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.Wallahualam..

 Wanita - de hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan